facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
(Gambar) Jual Bir Di Pawagam, GSC Jamin Hanya Dijual Untuk Orang Dewasa Dan Bukan Islam | Cerita Hambar

(Gambar) Jual Bir Di Pawagam, GSC Jamin Hanya Dijual Untuk Orang Dewasa Dan Bukan Islam

loading...

Pihak pengurusan pawagam GSC hari ini telah tampil memberi jaminan bahawa mereka akan hanya menjual bir kepada orang dewasa dan bukan Islam dari cawangannya, laporMalaysiakini.

Pihak GSC tampil membuat kenyataan berkenaan selepas Persatuan Hindu Pulau Pinang(PHA) telah membuat aduan berikutan terdapat jualan alkohol di pawagam itu di mana menurut persatuan berkenaan ia boleh menggalakkan tabiat meminum minuman keras di kalangan pengunjung dan mereka di bawah umur.

"Jualan ini hanya dihadkan kepada pengunjung dewasa di GSC Perdana dan Gold Class lounge.

"Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, pawagam kami mematuhi undang-undang tempatan dan tidak menjual bir kepada orang Islam dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun," katanya melalui e-mel kepada Malaysiakini.

Ia menambah bahawa para pelanggannya "datang dari semua lapisan masyarakat".

"GSC sentiasa berusaha memastikan pawagam kami terbuka kepada semua kerana kami percaya dalam memberikan nilai yang besar dan suasana yang selesa untuk semua orang bagi menikmati keajaiban filem pada skrin besar," katanya.

Minggu lalu, Timbalan Presiden PHA P. Murugiah melalui NGO Persatuan Hindu Pulau Pinang telah mengadu kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu.

"(Kami mahu) tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penjualan arak di pawagam," katanya. - Siakapkeli.my


from cerita sensasi terkini http://ift.tt/1XUdLfX
via IFTTT
loading...

Related Posts :

0 Response to "(Gambar) Jual Bir Di Pawagam, GSC Jamin Hanya Dijual Untuk Orang Dewasa Dan Bukan Islam"

Post a Comment