loading...
Kemalangan
yang mengorbankan nyawa pelakon filem Fast & Furios, Paul Walker
pada hujung 2012 terus menjadi tanda tanya peminat pelakon itu dimana
rata-ratanya masih ingin mengetahui punca nahas terbabit Pelbagai
spekulasi timbul selepas kemalangan itu dan menurut laporan awal
mengatakan kemungkinan punca kemalangan itu disebabkan masalah kereta
dan laporan menyebut berlaku kerosakan mekanikal pada stereng Porsche
Carrera GT yang dipandu rakannya, Roger Rodas
Paul Walker (kiri), Roger Rodas (kanan)
:
punca paul walker mati kemalangan kereta porsche carrera gt Menurut
portal berita TMZ, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber yang
ada kaitan dengan kedai yang menyimpan dan menyenggara kereta tersebut,
Always Evolving kemungkinan berlaku kebocoran pada minyak stereng kuasa
Malah sumber memberitahu TMZ, ada melihat kesan cecair sebelum kesan
tayar di tempat kejadian
Dalam laporan lain pula mengatakan kelajuan merupakan faktor kemalangan tersebut berdasarkan kesan pelanggaran yang teruk
Bagaimana
pun dakwaan kelajuan merupakan punca kemalangan itu dinafikan oleh
beberapa pihak kerana, Roger Rodas adalah seorang pelumba kereta yang
berpengalaman mustahil untuknya hilang kawalan disebabkan kelajuan dan
dakwaan tersebut juga dikatakan tidak masuk akal
Dalam
pada itu, pasukan penyiasat masih lagi menjalankan siasatan berhubung
kemalangan terbabit bagi mengenalpasti punca sebenar nahas
Dalam
kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, Paul Walker yang berusia 40
tahun itu duduk di bahagian penumpang bersama Roger Rodas yang memandu
kereta Porshe Carrera GT dilaporkan gagal mengawal kenderaan tersebut
sebelum melanggar sebatang pokok di sisi jalan
Impak
pelanggaran itu turut mengakibatkan kenderaan tersebut meletup dan
terbakar Kematian Walker juga mengejutkan peminatnya, lebih-lebih lagi
pada Khamis lalu, sebuah trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7
memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung
Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar
loading...
0 Response to "Ramai Dah tahu Paul Walker Da Mati, Tapi Ini PUNCA SEBENAR! KEMATIAN BELIAU.. MENYAYAT HATI !!"
Post a Comment