loading...
Terpanggil
dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan
jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa
malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup
agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana
balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.
Berlaku
di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang
ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya
namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai.
Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki
kepada perempuan.
In
Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit
penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan
muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang
patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah
seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah
tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh
warisnya atau pihak berkuasa agama.
Setelah
saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke
bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya
dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini
sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke
semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti
biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah
kerja saya.
Setelah
selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain
kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan
lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi
sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata
apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi setelah tahun
mengenai jentina anaknya itu, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya
sendiri pun mengalirkan air mata.
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak
(
buang najis ), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak,
sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya
istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar. Saya terus menyucikan
jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari
tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah
bercampur darah dan juga ulat.
Selama
itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT
meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat
saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan lahan saya memasukkan kapas
kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah
tadi.
Ibu
jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya
tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah
anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup
keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan
air sembilan.
Sedikit
penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapor barus, air
kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah.
Setelah
selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi,
sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput,
buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah
tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan
jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan
hampir kesemuanya menangis.
Apa
yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke
dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi
van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU
AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan
mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses
pengurusan bermula hinggalah selesai.
Sekali
lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa,
malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita
semua.
Pertukaran
jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui
pembedahan, adalah haram di segi syara’ berdasarkan AL-Quran dan
dipandukan Hadis.
ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman ALLAH yang bermaksud :-
” Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk “.
( Surah AT-Tiin ayat 4 )
Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa ( Maksudnya ) :-
”
Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti
wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki “.
( Hadis Riwayat AL-Bukhari )
Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata
( Maksudnya ) :-
” Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki “.
( Hadis Riwayat Abu Daud )
Wahai
saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri.
Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan
iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi
dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi
untuk bertaubat kepadaNYA..
Sumber: Syed Sohleh Syed Jalaluddin
loading...
0 Response to "Kisah yang menakutkan yg terjadi....memandikan jenazah seorang pondan...apa yg terjadi amat mengejutkan penduduk di situ..."
Post a Comment