facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Wanita Terima Padah Selepas Tertidur Disebelah Lelaki Miang Dalam Bas.... | Cerita Hambar

Wanita Terima Padah Selepas Tertidur Disebelah Lelaki Miang Dalam Bas....

loading...


Heboh selepas satu rakaman video perkongsian laman Facebook memaparkan kejadian seorang lelaki merakam foto payudara seorang penumpang wanita sedang tidur di sebelahnya ketika menaiki bas.

Perbuatan terkutuk lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu kebetulan sempat dirakam oleh seorang penumpang pengangkutan awam tersebut yang duduk di belakang suspek dan mangsa.

Di dalam klip berkenaan, suspek dilihat menggunakan telefon bimbit pintar bertindak nekad merakam foto penumpang wanita yang sedang tidur di sebelahnya.

Suspek dilihat membuka galeri foto telefonnya untuk melihat kembali ‘hasil seni’ bidikannya yang jelas memaparkan susuk payudara mangsa.

Menurut sumber, kejadian tersebut didakwa berlaku di Sarawak namun tidak dinyatakan lokasinya secara terperinci manakala video itu dimuat naik pada 7 Mac lalu.

Bagaimanapun terdapat percanggahan tentang lokasi kejadian apabila salah seorang netizen di ruangan komen memberitahu insiden itu berlaku di Korea Selatan kerana ada tertera perkataan dalam tulisan Korea.


“Sarawak kepala butuh hang. Sejak bila bas di Sarawak ada tertulis perkataan Korea? Nak tipu pun pandai2 la reka cerita. Cakapla kat Korea pun Xpe.

“Tengok muka lelaki tu pun dah tahu bukan orang Malaysia. Puji emak kau penipu scanner,” tulis Jeff Ng.

Video yang dikongsi hampir 15 ribu perkongsian serta pelbagai komen dan reaksi sama ada berbaur hinaan kepada si pelaku dan menuduhnya sebagai pervert.

Malahan anehnya tidak kurang netizen yang tampil mempertahankan suspek pula dan menyalahkan mangsa kerana berpakaian seksi.

“Jangan komen pasal cara pemakaian ya, perempuan pakai tudung sama baju kurung pun masih juga kena kacau, selagi dia perempuan cara pemakaian yang sempurna tiada maknanya, kena kacau juga,” tulis Floriska Francis.

Kepada kaum wanita diluar sana, barhati-hati lah anda ketika berada diluar mahupun di mana-mana sahaja, kerana anda sentiasa diperhatikan oleh lelaki-lelaki seperti ini.


Janganlah suka memakai pakaian yang tidak sepatutnya dan memakai pakai yang boleh mendatangkan terjadinya perkara-perkara seperti ini.


Tiada

loading...

Related Posts :

0 Response to "Wanita Terima Padah Selepas Tertidur Disebelah Lelaki Miang Dalam Bas...."

Post a Comment