loading...
Selepas
seorang wanita yang merupakan isteri kedua pegawai kanan SPRM
didedahkan oleh Netizen menggelupur dan terpaksa berhelah kononnya akaun
Facebooknya telah digodam dan digunakan oleh pihak lain menyiarkan
pelbagai fitnah dan hasutan, sekali lagi warga Netizen mendedahkan
tentang perilaku seorang guru wanita yang mengungkapkan kata-kata
subversif berorientasikan jenayah.Guru wanita berkenaan yang dikatakan pernah menerima anugerah Guru Cemerlang dan dikatakan masih bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Guru berkenaan berasal dari Kelantan, berdaftar sebagai seorang pengundi di lokaliti Padang Kala, DUN Melor dan Parlimen Ketereh.
Dalam postingnya yang amat menarik perhatian di Facebook, guru wanita yang berusia 36 tahun itu menyiarkan sekeping gambar kenderaan yang dinaiki oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja keluar dari pekarangan Istana Negara dan digiring oleh beberapa orang anggota polis trafik.
Katanya, “Huk aloh dia ni… nk kalah kt semua negeri kot…naik DAP esok mula2 skali bom jer dia ni ya… kalau naik PAS potong kaki tangan pastu hukum bunuh jer..mmg hukuman kt dunia lag itulah yang selayaknya.”
Kenyataannya itu mendapat kecaman daripada warga Netizen yang menyifatkan wanita itu tersangat biadap dan sengaja mengundang natijah tindakan undang-undang ke atasnya. Malah ada yang beranggapan, wanita tersebut sedang mencabar undang-undang terutama yang berkaitan dengan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah menjanjikan satu siasatan menyeluruh akan dibuat ke atas guru tersebut termasuklah kenyataannya di Facebook.
sumber asal:
http://ift.tt/1lVDZ40
from Perbualan DuniaMedia http://ift.tt/1Wpv6QJ
via IFTTT
loading...
0 Response to "MENGEJUTKAN !!! Apabila Seorang Guru Wanita Rancang Bunuh Perdana Menteri"
Post a Comment