facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Pengguna Jalan Raya Di Ipoh Gempar Selepas Pengantin Separuh Bogel Melintasi Jalan.... | Cerita Hambar

Pengguna Jalan Raya Di Ipoh Gempar Selepas Pengantin Separuh Bogel Melintasi Jalan....

loading...



Satu sesi fotografi di mana model wanita dilihat berjalan di tempat awam dengan hanya mengenakan pakaian mandi menyebabkan rungutan daripada pengguna laman sosial.

Model wanita bersama seorang model lelaki dilihat melintas Jalan Sultan Yussuf menyebabkan pengguna jalan raya yang lain merasa hairan.

Ada yang mengambil gambar dan rakaman video pasangan model itu dan memuat naik ke laman sosial seperti WhatsApp.


Pengguna laman sosial mempersoal pilihan pakaian dan lokasi, di mana sebahagian lagi menyifatkannya seperti satu provokasi.

Sesi fotografi seperti ini boleh menjadi isu sensitif apatah lagi selepas video sukan bogel di pantai Teluk Kampi di Taman Negara Pulau Pinang tersebar, dua bulan lalu.

The Rakyat Post dimaklumkan bahawa sesi fotografi itu dianjurkan oleh Keep Gallery, syarikat fotografi profesional yang berpangkalan di SS2 dan mempunyai cawangan di Ipoh.

Pengurus Besar dan Jurugambar Kanan Keep Gallery, yang juga berada di sesi penggambaran itu terperanjat dengan reaksi yang diterima.

Saya tidak terfikir bahawa ia akan mendapat reaksi begini daripada pengguna media sosial. Saya turut menerima panggilan daripada rakan-rakan yang bertanya mengenainya.

“Mungkin orang ramai lebih biasa melihat wanita berpakaian mandi (bikini) di pantai, tetapi kami tidak ada niat untuk membuat mana-mana provokasi,” kata Koo.

Namun, dia menerima sekiranya orang ramai mahu membuat aduan sekiranya tidak selesa dengan keadaan itu. Koo yang mengaku mempunyai 20 tahun pengalaman berkata pemilihan pakaian dan lokasi adalah sebagai menggambarkan tema dan konsep produk fotografi kreatif syarikat itu.


Katanya, syarikatnya turut merujuk kepada undang-undang sebelum melakukan sesi fotografi itu. Kami membuat rujukan untuk memastikan penggambaran berkenaan tidak melampaui batas dan dilihat sebagai perbuatan tidak senonoh.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Ioph, Supt Ahmad Tarmizi berkata polis diberitahu melalui WhatsApp. Anggota polis segera ke lokasi tetapi sesi fotografi berkenaan sudah selesai. Model dan kru telah meninggalkan tempat itu maka kami menganggap kes selesai,” katanya.


Walau bagaimanapun, Ahmad memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berpakaian tidak senonoh di tempat awam tidak kira untuk apa acara sekalipun.

Mereka yang berpakaian tidak senonoh boleh disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

loading...

0 Response to "Pengguna Jalan Raya Di Ipoh Gempar Selepas Pengantin Separuh Bogel Melintasi Jalan...."

Post a Comment